Friday, October 17, 2014

Khasiat Ayat-Ayat Munjiyat (Ayat Tujuh) | RAUDHAH JIWA

Khasiat Ayat-Ayat Munjiyat (Ayat Tujuh) | RAUDHAH JIWA



Khasiat Ayat-Ayat Munjiyat

Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di
antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:-
  • Penangkal Sihir
  • Menyerikan wajah
  • Ditunaikan segala hajat
  • Membawa keberkatan
  • Dicatat pahala yang banyak
  • Dijauhkan dari gangguan iblis
  • Terpelihara dari tipu daya musuh
  • Dijauhkan dari hasad dengki dan
    fitnah.

Menurut Ka’abul Akhbar:-

"Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada
kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup
langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT."

Berkata Saidina Ali bin Abi Talib RA:-

"Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi
dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan
terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah SWT."

Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan solat
Subuh
), Insya-Allah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah SWT serta dimudahkan dan  dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari
berturut-turut,
 Insya-Allah akan memperolehi faedah yang amat banyak.

Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, Insya-Allah akan dimudahkan sakaratul-maut dan bakal memperolehi pahala yang besar.

Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, Insya-Allah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.

Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuhtujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah, Allah SWT akan memudahkan atau
melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.

Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.


Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat manzil dan Ayat-ayat Syifa’untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk
halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.



Maksud Ayat Tujuh


Surah at-Taubah, ayat ke-51

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigggDceY6McCfnzPcZ4BeCh_g2OesIHU3IgDStf37UpkfAeBYWX7sb_VmwVufGM_9SFjELO0N3WvwBlgaM12vP-T-Osn-XEtAja_T6wt3PVMcF0wxrSwEipxiB5tR97SBUxc1s2jnTmzo/s640/9_51.png
Terjemahan:-

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.  Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus
bertawakal.” (surah at-Taubah 9:51)

Surah Yunus, ayat ke-107

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBQDVEp2cGGZKwg5bY5LRQVRmQe7PtzZWo-1CD5OmK5NxgGQYyYcy0cb6_tT1Pac4MpPVibC-ROtC4CreTopLDcKu5gerwG1P4G2mT6bC_MNMU6m9gtzXejVcVV8doiWA3mtDg53bKP-M/s640/10_107.png

Terjemahan:-

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya.  Dia melimpahkan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
 (surah Yunus 10:107)

Surah Hud, ayat ke-6

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJTc2CvrQOuZ7reETtthSZT6gfiaqSTdz-O5-wFjIQcJtwCP7EQbR-fmqGZys4Z-WhghSom2NBu_vNRdv5fQM_jexJfnfwKNkHv2PUqq_aHT7W7UIN_TZQEUHMbXLUK5E2SCzVuNBkvoo/s640/11_6.png

Terjemahan:-

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah jualah yang memberi  rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”(surah Hud 11:6)

Surah Hud, ayat ke-56

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFT5zu13Oyg_IaDPdACV_CT07bM-GzJY5OgYjimMKhAeVugum1cgGE_wa8mqp8fUSoRyEVHCsL-bcSaeda8NdR7JXvzIXKthyphenhyphenepWYQD2lFQ7dvAPKit3_gOhbZTbwMU3mjQhztKXzU6Rg/s640/11_56.png

Terjemahan:-

“Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu!  Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya.
 Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”(surah Hud 11:56)

Surah al-Ankabut, ayat ke-60

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-I4q9bAKcnxBi9Eiv8l1OQyBeg3KT8hwuB_4hN8mcIXrxfhyMVu80hcOYRHnH_0yKAPjp6CMvfjFXcaS8fMaci3S8LEwWJ0SfztDsXVIhSOguzs-a94gUmvNN72CT838zOQwRgd4KCmQ/s640/29_60.png

Terjemahan:-

“Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak  (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendir,
Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(surah al-Ankabut 29:60)

Surah al-Fathir, ayat ke-2

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinloiL32rsTpZ1fL1OWqT5vm6kcOuJjEpIAL5ov0DAHO39DCbVTIs8lIRV_t1GWkwlN45c1E-H-aSXFRcuMhGHF9a8keJ3I-rqqIpzOC5x7Vsat3nigodNRMXTljJ86fF2LaXEPRfq0Aw/s640/35_2.png

Terjemahan:-

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya;  dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha
Bijaksana.”(surah al-Fathir 35:2)

Surah az-Zumar, ayat ke-38

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIoZkYmGiuoBKKOjPNFK-rh1VtW-FP_zKQ8Cn9nBaEb2OFS5HJeyBD718wj_ZV51QhE3Op8n_IWgwpjNvFhiQtd3AKk5-HLB1nTXntIXD0ni6tffE6ekPjTV6j0nRTG2lJc3WVYrGP7IE/s640/39_38.png

Terjemahan:-

“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab:  “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah bertawakkalnya orang-orang yang mahu berserah diri.”
(surah az-Zumar 39:38)




























































































































No comments:

Post a Comment